SELEPAS tiga tahun di pasaran, model sedan paling laris di negara ini, Proton Saga mendapat sentuhan terbaru menerusi model Saga FLX yang menampilkan ciri pemanduan lebih lancar dengan teknologi transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) menggunakan enjin Campro.
Model ini adalah kesinambungan kepada kejayaan model Saga FL yang diperkenalkan baru-baru ini dengan tambahan harga antara RM600 hingga RM1,700 seunit mengikut varian enjin 1.3 Standard dan 1.3 Eksekutif, sama ada transmisi manual atau automatik selain pilihan warna terbaru iaitu Coklat Elegant.
Saga FLX ini mampu memberikan penjimatan minyak sehingga empat peratus bagi pemanduan dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya.Selain penggunaan CVT, model Saga FLX ini turut dipadankan dengan Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB) bagi model varian eksekutif/
Bagaimanapun, ciri menarik sedia ada pada Saga FL seperti sistem kawalan audio pada stereng dan lampu isyarat pada cermin sisi terus dikekalkan pada model Saga FLX bagi memberikan kepuasan kepada pengguna yang mahukan kereta dengan ciri lebih baik.
Gambar dan Info lebih lanjut layari http://www.epicsaga.com.my/
No comments:
Post a Comment