Enjin Carian

Loading

Tuesday, September 20, 2011

Bisnes : Part 1


Orang kaya merancang bagi hari esok, orang miskin merancang bagi hari ini.
-Pepatah China –

Bom jangka – dalam perniagaan, kita seharusnya sentiasa bersedia dengan segala cabaran yang akan mendatang. Seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Cabaran bagi seorang ahli perniagaan ialah seperti pelanggan lari, kontrak ditamatkan, kontrak bertukar tangan dan jualan jatuh.

Sekiranya ini terjadi pada diri kita, bagaimanakah kita akan menghadapinya. Hidup kita akan berubah dalam sekelip mata sahaja. Jangan biarkan bom itu meletup dahulu sebelum anda memikirkan langkah mengelakkan kesan letupannya.

Ahli perniagaan biasanya mengambil langkah mempelbagaikan jenis perniagaan mereka. Apabila satu perniagaan merosot, mereka mempunyai berpuluh-puluh lagi yang berjaya. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian yang besar.

Berikut adalah situasi yang akan memudahkan anda memahami kejadian Bom Jangka ini:

A dan B adalah 2 ahli perniagaan yang Berjaya. A mengendalikan bisnes menyelenggara bangunan. Manakala B adalah kontraktor bangunan. 90 peratus daripada pendapatan A dating daripada kontrak kerajaan. Manakala 90 peratus pendapatan B datang daripada individu & syarikat swasta. 

Tiba-tiba pada suatu tahun, syarikat A kehilangan projek utamanya kepada syarikat lain. Ini menyebabkan keuntungan syarikatnya berkurangan daripada RM 6 juta setahun kepada RM 3 juta setahun. Malah projek yang ada ditangannya pun sudah tidak diperbaharui lagi. Satu persatu hartanya terpaksa dijual untuk menampung kerugian itu.

Berbeza pula dengan syarikat B.  Kejayaannya menjadi sanjungan setiap orang kerana bukan sahaja beliau bijak mencari projek membina rumah dan pejabat, beliau juga bijak mengumpul harta. Memulakan pelaburan dengan sebuah rumah, kini beliau memiliki 50 buah rumah sewa. Bilangan itu menjadi  sandaran apabila pelanggan menanyakan adakah beliau ada status kewangan yang kukuh bagi menyediakan kewangan awal membiayai pembinaan bangunan.

Bayangkan jika sekiranya setiap rumah sewa beliau disewakan serendah RM400 sebulan. Berapa pendapatan sampingnya. RM 20,000. Dan itu tanpa membuat apa-apa kerja pun. Apa yang akan terjadi sekiranya beliau tidak mendapat kontrak atau projek. Jawapannya beliau masih akan terus hidup senang lenang, hasil daripada pendapatan samping tersebut.

No comments:

Post a Comment