Duit ke arah hidup kaya – mahu tidak mahu anda memerlukan duit apabila ingin terus hidup. Walaupun anda tidak ingin menjdi kaya, namun anda tetap perlu mencari dan memiliki duit.
Mencapai impian
Duit diperlukan bagi mencapai impian. Impian bagi memiliki kelayakan dalam pendidikan. Impian bagi melancong ke luar Negara, berehat bersama keluarga. Anda menggunakan duit bagi membeli kereta dan rumah. Semakin banyak duit yang anda miliki semakin banyak impian yang anda dapat capai. Begitu hebatnya pengaruh duit dalam mencapai impian dan memperhebatkan impian baru anda. Hampir segala impian dapat dicapai dengan duit.
Memiliki harta
Majoriti kaedah bagi memiliki harta adalah melalui duit. Anda mengeluarkan modal (duit) bagi membiayai bisnes yang menjanakan lebih banyak duit (harta). Harta berfungsi sebagai simbol kekayaan dan kekuasaan. Bilangan harta adalah terhad, sedangkan bilangan manusia semakin bertambah. Walaupun apa cara yang anda lakukan, semuanya adalah kerana duit.
Duit bukan segalanya
Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit. Masalahnya duit bukan senang dimiliki. Tanpa mengerah keringat anda tidak dapat memperoleh duit dengan mudah.
Anda perlukan duit ke arah menjadi kaya
Anda memerlukan duit bagi meneruskan hidup. Bagi memastikan anda dapat hidup dengan aman, anda perlu memastikan duit mengalir masuk ke dalam poket anda. Bagi menjadi kaya anda perlu memastikan anda ada duit pada setiap bulan selepas membayar tanggungan ataupun perbelanjaan bulanan.
Apa akan terjadi sekiranya duit yang keluar itu melebihi duit yang masuk? Duit simpanan anda berkurangan ataupun anda mula membuat hutang bagi membiayai kos sara hidup anda. Pernahkah anda mengkaji risikonya?
No comments:
Post a Comment