Enjin Carian
Loading
Sunday, September 4, 2011
Khasiat Daging Ikan
Ikan dan makanan laut yang lain adalah makanan yang sihat kerana rendah lemak tepu, berprotein tinggi dan yang penting sekali ikan merupakan sumber asid lemak Omega 3. Di samping itu, ikan bukan sahaja kaya dengan protein malah kaya dengan vitamin dan mineral.
Khasiat Daging Ikan
Antara kandungan yang terdapat pada ikan:
1. Protein
Ikan mengandungi protein tinggi yang terdiri daripada asid amino yang tidak rosak sewaktu memasak. Secara amnya, kandungan protein yang terdapat pada ikan ialah 13%-20% . Protein ini dapat membantu dalam pertumbuhan sel-sel otak. Disebabkan itu, ikan adalah salah satu sumber protein yang dapat membantu dalam kecerdasan.
2. Lemak
Kandungan lemak yang terdapat pada ikan adalah 10-20%, kebanyakannya adalah lemak tak tepu yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan Omenga-3. Kandungan-kandungan ini sangat berguna dalam meningkatkan daya imuniti, menghalang pertumbuhan beberapa jenis kanser dan memelihara otak.
3. Vitamin
Terdapat dua kumpulan vitamin dalam ikan. Kumpulan pertama adalah vitamin larut air, antaranya ialah vitamin B6, B12, Biotin dan Niacin. Kumpulan kedua adalah vitamin larut lemak (vitamin A dan D).
4. Mineral
Kandungan mineral yang terdapat pada ikan cukup banyak. Antara kandungan mineral yang terdapat pada ikan ialah magnesium (menguatkan tulang, otot, pemakanan), iodin (untuk IQ rendah), besi (untuk mencegah anemia), zink (imuniti, kelajuan penyembuhan luka) dan selenium (mencegah kanser, mengekalkan keanjalan tisu dengan vitamin E).
Sumber : Hubpages
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment