Enjin Carian

Loading

Monday, August 29, 2011

Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia

4799149687 513cde4e3a [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
Inilah kapal pesiar yang terbesar di dunia. Saiznya adalah lima kali lebih besar daripada kapal Titanic. Kapal yang diberikan nama “Oasis of the Seasmempunyai  tujuh kawasan, gelanggang, lapangan golf dan 750-kerusi di luar bilik teater . Oasis of the Seas memulakan cabaran pelayaran yang mendebarkan apabila “dipaksa” belayar di bawah Jambatan Lingkaran Besar, Denmark ketika keluar dari Lautan Baltik. Ketinggian Jambatan Lingkaran Besar, Denmark hanya 1 kaki (30 sentimeter) lebih tinggi daripada ketinggian kapal Oasis of the Seas sehinggakan semasa melintasi bawahnya cerobong asap kapal terpaksa diturunkan.
Kapal pesiar yang terbesar di dunia ini mempunyai 2,700 kabin dan mampu menampung sehingga 6,360 penumpang dan 2,160 krew kapal. Kapal ini juga merupakan kapal pesiar termahal di dunia, bernilai sekitar USD1.3 bilion. Ia juga dilengkapi empat kolam renang, bola tampar dan gelanggang basket, dan zon rekreasi dengan tema taman dan kebun untuk anak-anak dan pelbagai kemudahan yang bertaraf dunia.
Selain itu, terdapat sebuah teater terbuka yang berkapasiti 750 tempat duduk dan teater indoor yang mempunyai 1,300 tempat duduk. Ketinggian kapal ini kira-kira 65 meter (213 feet) daripada permukaan air, 360 meter (1,180 kaki) panjangnya dan 47 meter (154 kaki) lebarnya. Kapal ini dibina oleh syarikat daripada Korea Selatan iaitu STX Finland Cruise Oy atau juga dikenali dengan nama Aker Yards Oy.
P/S : Layan……koleksi gambar bagi kapal pesiar yang terbesar & termahal di dunia ini.Tak dapat naik, dapat berangan sambil-sambil flying without wings pun apa salahnya.
4799149713 d2f4672ca2 [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799781990 70b04f1dc1 [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782024 7af2fb7206 [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782060 e6bcf235f5 [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782134 f6015f6c5b [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782180 887e1cb29f [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782220 b78cafbc2f [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799150029 c6bb2ce8df [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
4799782364 7089cc1c4c [GEMPAK] Kapal Pesiar Mewah Terbesar dan Termahal Di Dunia
 
 
sumber :
http://beritasemasa.com/gempak-kapal-pesiar-mewah-terbesar-dan-termahal-di-dunia

No comments:

Post a Comment