Enjin Carian

Loading

Tuesday, August 30, 2011

Yoshihiko Noda Bakal PM Baru Jepun



TOKYO – Parti pemerintah, Parti Demokratik Jepun (DPJ) memilih Menteri Kewangan, Yoshihiko Noda sebagai ketua yang baru, sekali gus memberi laluan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri Jepun yang keenam dalam tempoh lima tahun.

Parlimen Jepun dijadual mengesahkan Noda sebagai Perdana Menteri baru esok, menggantikan Naoto Kan yang meletak jawatan, Jumaat lalu.

Noda, 54 tahun, dikenali dengan dasar fiskal yang konservatif itu mendapat 215 undi mengatasi pencabar terdekatnya, Menteri Perdagangan, Banri Kaieda yang memperolehi 177 undi.

Kaieda sebelum ini mendapat sokongan kuat oleh individu berpengaruh dalam parti, Ichiro Ozawa.

Bagaimanapun keputusan ini dijangka memberikan tamparan hebat kepada Ozawa yang sering kali membayangi proses pemilihan pemimpin parti berkenaan.

Dalam pengundian pusingan pertama, Noda yang mendapat 102 undi, ketinggalan di belakang Kaieda yang mendapat 143 undi.

Namun Noda bernasib baik kerana penyokong seorang lagi calon, bekas Menteri Luar, Seiji Maehara memberikan sokongan kepadanya selepas Maehara terkeluar daripada pengundian pusingan pertama.

Selepas diumumkan sebagai ketua DPJ, Noda memaklumkan beliau akan memberikan penekanan kepada tiga perkara utama dalam pentadbirannya iaitu membangunkan semula Jepun, menamatkan krisis nuklear susulan tsunami dan gempa bumi lalu serta mengkukuhkan nilai yen.

Ini kerana tiga isu tersebut telah menyebabkan Kan terpaksa meletak jawatan selepas beliau didakwa gagal menyelesaikannya.


sumber:
http://mynewshub.my/bm/2011/08/29/yoshihiko-noda-bakal-pm-baru-jepun/

No comments:

Post a Comment