Enjin Carian
Loading
Thursday, September 1, 2011
Bibir Sihat Dan Bibir Seksi
Di antara bahagian wajah yang paling diperhatikan oleh kaum wanita selepas mata ialah bibir. Bibir memiliki kulit yang sangat nipis. Kurangnya jumlah lipid barrier,kelenjar sebaceous dan melanin yang berfungsi sebgai pelindung, menyebabkan kulit bibirsangat mudah kehilangan kelembapan, kering dan pecah-pecah. Oleh sebab itu, bibir memerlukan penjagaan rapi dan produk yang sesuai. Sapukan selalu l ip balm yang mengandungi penapis matahari sebelum memakai gincu. Atau, sapukangincuyang mengandungi SPF semasa melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir akan berwarna kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesannya,bibir akan lebih sihat, menarik danseksi. Selain itu, dengan memiliki bibir sihat dan berwana merah jambu secara semula jadi, dapat menjimatkan anda. Hanya dengan sapuan pengilat bibirlip gloss,bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri. Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun, hasilnya sementara tetapi pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.
Pilih Warna Sesuai Bentuk Bibir
Dalam memilih warna gincu, yang perlu diberikan perhatian ialah bentuk dan garis bibir, yang mengikut bentuk atau susunan gigi serta tulang rahang. Bentuk dan garis bibirmenentukan warna gincu yang serasi dan sesuai untuk mendapatkan bibir yang tampak menawan.
Bibir Bergaris Lembut dengan bentuk Mendatar– Pilih gincu berjenis glossy dengan warna merah, merah jambu atau ungu.
Bibir bergaris keras dengan bentuk yang cembung– Pilih gincu berjenis creamy atau matte dengan warna coklat seperti merah muda kecoklatan atau peach muda.
7 langkah Agar Bibir Seksi
1. Sapukan lip scrub secara merata, gosok dengan lembut menggunakan jari dengan gerakan memutar ke arah pusingan jam. Bilas dengan air bersih dan keringkan.
2. Sapukan pula,lip balm atau lip moisturizer yang mengandungi penapis matahari secara merata pada bibir. Biarkan selama beberapa minit supaya ia meresap.
3. Buatkan garis di tepi bibir dengan menggunakan bedak asasyang warnanya senada dengan warna kulit. Gunakan putik kapas semasa membuat garis.
4.Bentuk bibir menggunakan pensel bibir ‘lip pencil’atau penggaris bibir ‘lip liner’yang warnanya senada dengan warna gincu yang akan dipakai.
5. Sapukan gincu dengan berus gincu. Kemudian, tekapkan tisu ke bibir untuk meratakan gincu dan membuatkan gincu tahan lebih lama.
6. Seterusnya, oles gincu jenis creamy warna merah jambu pucat untuk memberikan kesan mengilat shimmer atau kesan kulatan mutiara pearlize.
7. Untuk menciptakan kesan mewah, sapukan pengilat bibir tanpa warna dengan menggunakan berus pada bahagian tengah bibir atas dan bawah.
Tips Bibir Seksi
1. Jika sudut bibir menurun, buatlah garis ke arah atas.
2. Bentuk atas bibir mendatar? Buatlah lekuk untuk memberi kesan seksi.
3. Jika garis bibir cembung, seimbangkan dengan membuat garis yang cenderung mendatar pada bibir atas.
4. Bagi anda yang mempunyai gigi kurang putihatau sikit kekuningan, elakkan gincu yang mengandungi unsur warna kuning dan jingga. Pilih gincu yang mengandungi unsur warna merah jambu dan ungu.
5. Oles gincu warna merah jambu atau jingga untuk memberi kesan wajah yang lebih segar, khususnya di waktu pagi atau semasa melakukan aktiviti di siang hari.
6. Untuk menciptakan kesan seksidan mewah semasa menghadiri acara malam hari, sapukan gincu yang mengandungi unsur warna merah kecoklatan atau maroon.
Tips Menjaga Bibir
1. Kurangkan kebiasaan membasahi bibir. air liur digunakan untuk membasahkan bibir selalunya menjadi punca kekeringan pada bibir.
2. Jangan memakai lip balm yang mempunyai perasa. Perasa ini lah membuatkan anda menjilat bibir atau membasahinya.
3. Elakkan sekerap mungkin daripada memakai gincu jenis matte. Gincu jenis ini selalunya tidak mengadungi pelembap, sekiranya ada kandungan pelembap pun, jumlahnya terlalu rendah.
4. Biasakan memakai lip balm tanpa perasasetiap hari terutamanya dalam cuaca panas.
5. Biasakan mengambil sayur dan buah-buahan segar terutamanya yang tinggi kandungan vitamin Cnya. Anda juga boleh mengambil vitamin Cdalam bentuk pil.
6. Sekiranya anda kurang mampu untuk memakailip balm, gantikan ia dengan sapuan madu. Oles madu sebelun tidur ke bibir anda kerana cairan manis ini berfungsi sebagai pelembap dan bekerja secara maksimum semasa anda tidur.
sumber:
http://malay.uptomu.net/2011/08/bibir-sihat-dan-bibir-seksi.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment