Enjin Carian

Loading

Thursday, September 1, 2011

Loan ASB – Untung ke Rugi?


Minggu lepas aku pegi Maybank nak bukak akaun simpanan untuk adik ipar .Punya la ramai org nak bukak buku simpanan time-time cuti.Mungkin masa hujung2 tahun tu org ambik cuti untuk settle mcm2 kot.Time tunggu giliran tu aku sesaja la tengok brochure yg ada depan officer yg aku duduk.Jadi ternampak la loan asb punya borang plus table installment bulanan dia sekali.

Jadi aku tengok kalau pinjam loan ASB sebanyak RM200,000 selama 25 tahun, installment bulanan hanya lebih kurang RM1,067 camtu.Jom kita kire jumlah installment setahun compare dengan dividen yg kite dapat.

Dalam kiraan ni aku letak dividen 8% sahaja.

Jumlah installment setahun = RM1,067×12 = RM12,804.00

Anggaran dividen (8%) = RM200,000 x 8% = RM16,000.00

Beza kos installment dengan dividen yg diperolehi = RM16,000-12,804 = RM 3,196.

Untung ke rugi? Korang jawap la sendiri.Modal yg kita keluarkan selama 12 tahun cover by dividen yg kita dapat.Lepas tu ada lebihan lagi sebanyak RM3,196.

Dari maklumbalas dari officer tu dia cakap installment monthly tu tak dikira sebagai komitment sebab kalau kita tak bayar dia akan ambik balik sijil RM200,000 tuh.Satu lagi kalau kita meninggal, waris kita tak perlu bayar installment monthly tu.RM200,000 tu milik waris kita.

Jadi untuk lebih lanjut korang boleh la check sendiri dan dapatkan nasihat dari mereka yg bertauliah.Yang aku share info ni sebagai ilustrasi sahaja dan sebarang keputusan untuk melabur semada rugi atau untung adalah tanggungjawap korang sendiri.

sumber:
http://www.dinsblog.com/pelaburan/loan-asb-untung-ke-rugi.html

No comments:

Post a Comment